Powered by Blogger.

Wednesday, April 13, 2011

PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER PERINGKAT NEGERI

11 April 2011 merupakan detik-detik bersejarah bagi SEKEMAS kerana buat kali pertama sekolah ini dicalonkan oleh PPD Kota Marudu untuk bertanding dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang peringkat negeri anjuran BTPN Sabah.

Sebanyak lapan buah sekolah untuk kategori Sekolah Rendah Luar Bandar dan Pen. Pengarah BTPN Sabah En. Ahmad Jais dan Pegawai BTP En. Patrik Peter merupakan Penilai bagi sekolah ini. Penilai ini juga diiringi oleh En. Sariat Simbad dan En Hamdan Awang dari PKG Kota Marudu. Penilaian ini berlangsung bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 5.15 petang.

Penilalian yang dijalankan adalah sangat terperinci bagi kepuasan semua pihak. seperkara yang menarik dan menyentuh hati disini adalah penilai sentiasa memberikan cadangan dan motivasi dalam setiap kekurangan Pusat sumber ini. Sikap Penilai yang Professional dan berunsur Motivasi membuatkan kami rasa dihargai dan tidak tertekan walaupun masih terdapat banyak kekurangan di Pusat Sumber ini.


Walaupun persaingan ini sengit dan impian untuk mencapai kejayaan adalah tipis namun warga SEKEMAS tetap berusaha untuk menghadapi cabaran ini bukan sahaja untuk pertandingan ini tetapi lebih kepada usaha untuk memberikan sumber pengetahuan yang maksimum khususnya untuk murid-murid serta guru-guru SEKEMAS.


Apa yang menarik disebalik persediaan ini adalah kerjasama dan sikap bantu membantu yang terpuji di kalangan guru-guru dan juga KTBM termasuk pembersihan dan pengawal sekolah yang cukup mengesankan. Penolong Kanan Kurikulum Pn. Noraiwa Salim mengulas bahawa kemenangan bukanlah satu-satunya kebanggaan tetapi kerjasama guru-guru dan warag SEKEMAS merupakan nilai yang paling berharga untuk dibanggakan.


Syabas SEKEMAS boleh!!!!... apapun keputusannya... hakikatnya Warga SEKEMAS telah melangkah setapak kehadapan sebagai memenuhi cabaran kearah Sekolah Berprestasi Tinggi......Terima Kasih SEKEMAS.

rombongan daripada BTPN negeri baru sampai di SK. Masalog



gandingan guru media dan guru ict.. :)

No comments:

Post a Comment

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP