Powered by Blogger.

Monday, April 25, 2011

BENGKEL PENGURUSAN ASAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 25 April 2011, Pusat Kegiatan Guru (PKG) daerah Kota Marudu telah mengadakan Bengkel Pengurusan Asas Pusat Sumber Sekolah khusus untuk guru perpustakaan dan media atau guru pusat sumber sekolah untuk memantapkan lagi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. seramai 39 buah sekolah yang terlibat termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

Dalam bengkel ini kami telah didedahkan dengan Pentadbiran PSS iaitu lebih kepada Fail Kuasa PSS yang disampaikan oleh pegawai PKG En. Sariat bin Simbad. Sebagai guru media yang baru pertama kali mengikuti bengkel seumpama ini banyak ilmu berguna kami perolehi dalam ceramah ini untuk kami menafaatkan didalam mempertingkatkan pengurusan pusat sumber sekolah masing-masing.

Begitu juga dengan seisi ceramah yang disampaikan oleh Puan Siti Zulaiha Mohajir yang bertajuk Pengkelasan dan Pengkatalogan dimana banyak ilmu baru yang kami perolehi khususnya tentang pengkelasan buku-buku dan bahan bukkan buku yang terdapat di Pusat sumber sekolah.

Bengkel ini akan diteruskan hingga esok 26 April 2011 dengan tajuk ceramah yang baru iaitu Pengurusan Teknik dan juga pengisian data IQ-PSS.

Dapatan saya sepanjang bengkel ini adalah sumber yang diberikan sangat bergunadan membantu kepada saya dalam pengurusan pusat Sumber yang berkesan. Terima Kasih kepada PKG Kota Marudu yang bertungkus lumus mengadakan bengkel ini.

No comments:

Post a Comment

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP