Showing posts with label NILAM. Show all posts
Showing posts with label NILAM. Show all posts
Friday, March 9, 2012
Sunday, March 4, 2012
Jejak NILAM....Azali Azlan Penerima Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2007
Azali Azlan Pelajar Terbaik SPM 2007
March 18, 2008 | By adiwira In Education |http://warkah.com/azali-azlan-pelajar-terbaik-spm-2007/
Azali telah meraih 20 1A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual. Di samping itu Azali mendapat 2A dalam mata pelajaran English for Science and Technology (EST).Azali yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007. Sebelum ini beliau mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Sungai Petani ini berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong ibu bapa serta guru. Ayahnya mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya pula mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi.
“Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya,” kata Azali yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.
“Tujuan saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod tetapi bagi kepuasan saya belajar. Jika dibuat untuk memecahkan rekod, bagi saya, ia menjadi tidak bermakna. Saya lakukan ini untuk diri sendiri dan ibu bapa dan sebagai hadiah kepada guru.
“Memang guru ada menasihati saya supaya menimbangkannya baik-baik kerana bimbang saya tidak boleh `cope’, tetapi saya percaya pada Tuhan dan diri sendiri,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.
Mengenai resipi kejayaannya, Azali berkata, beliau berpegang kepada pendirian sabar dalam menghadapi segala dugaan kerana yakin setiap kesusahan akan ada kesenangan. Azali mengakui keyakinannya pernah tergugat dalam menghadapi cabaran 21 mata pelajaran, tetapi beliau membina kembali keyakinan itu menerusi perbincangan dengan kaunselor dan ahli keluarga.
Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu. Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
Beliau tidak pernah mengikuti tuisyen khusus, sebaliknya hanya menyertai tuisyen di sekolah untuk mata pelajaran Kimia dan Prinsip Perakaunan. Beliau juga belajar sendiri sembilan subjek yang tidak diajar di sekolah.
Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar lain kerana kalau ada jadual beliau akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Sebaliknya beliau belajar apabila beliau rasa ada semangat untuk belajar.
‘‘Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu,” kata Azali.
Tuesday, April 26, 2011
LAGU NILAM
LAGU NILAM
Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan
Wawasan anda
Nilam program membaca
Memberikan semangat
Membaca dengan jaya
Budaya kita
Bina Tabiat membaca
Matlamat Nilam kita
Ganjaran yang diberi
tidak terhingga
Jadi rakan pembaca
Juga capai jauhari
Pembaca yang bestari
Anugerah diberi
c/o
Nilam Nilam
Anugerah Nilam
Menerangi jalan suram
Nilam Nilam
Anugerah Nilam
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca
Matlamat Nilam kita
Dunia indah sekali
Pasti lebih berseri
Amalan membaca
Menjana minda bestari
(ulang Chorus)
Amalan membaca
Menjana minda bestari
NILAM
Subscribe to:
Posts (Atom)




