Powered by Blogger.

Tuesday, April 26, 2011

PENUNJUK ARAH PS



LAGU NILAM

LAGU NILAM
Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan
Wawasan anda
Nilam program membaca
Memberikan semangat
Membaca dengan jaya
Budaya kita
Bina Tabiat membaca
Matlamat Nilam kita
Ganjaran yang diberi
tidak terhingga
Jadi rakan pembaca
Juga capai jauhari
Pembaca yang bestari
Anugerah diberi
c/o
Nilam Nilam
Anugerah Nilam
Menerangi jalan suram
Nilam Nilam
Anugerah Nilam
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca
Matlamat Nilam kita
Dunia indah sekali
Pasti lebih berseri
Amalan membaca
Menjana minda bestari
(ulang Chorus)
Amalan membaca
Menjana minda bestari
NILAM

Monday, April 25, 2011

BENGKEL PENGURUSAN ASAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 25 April 2011, Pusat Kegiatan Guru (PKG) daerah Kota Marudu telah mengadakan Bengkel Pengurusan Asas Pusat Sumber Sekolah khusus untuk guru perpustakaan dan media atau guru pusat sumber sekolah untuk memantapkan lagi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. seramai 39 buah sekolah yang terlibat termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

Dalam bengkel ini kami telah didedahkan dengan Pentadbiran PSS iaitu lebih kepada Fail Kuasa PSS yang disampaikan oleh pegawai PKG En. Sariat bin Simbad. Sebagai guru media yang baru pertama kali mengikuti bengkel seumpama ini banyak ilmu berguna kami perolehi dalam ceramah ini untuk kami menafaatkan didalam mempertingkatkan pengurusan pusat sumber sekolah masing-masing.

Begitu juga dengan seisi ceramah yang disampaikan oleh Puan Siti Zulaiha Mohajir yang bertajuk Pengkelasan dan Pengkatalogan dimana banyak ilmu baru yang kami perolehi khususnya tentang pengkelasan buku-buku dan bahan bukkan buku yang terdapat di Pusat sumber sekolah.

Bengkel ini akan diteruskan hingga esok 26 April 2011 dengan tajuk ceramah yang baru iaitu Pengurusan Teknik dan juga pengisian data IQ-PSS.

Dapatan saya sepanjang bengkel ini adalah sumber yang diberikan sangat bergunadan membantu kepada saya dalam pengurusan pusat Sumber yang berkesan. Terima Kasih kepada PKG Kota Marudu yang bertungkus lumus mengadakan bengkel ini.

Wednesday, April 13, 2011

PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER PERINGKAT NEGERI

11 April 2011 merupakan detik-detik bersejarah bagi SEKEMAS kerana buat kali pertama sekolah ini dicalonkan oleh PPD Kota Marudu untuk bertanding dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang peringkat negeri anjuran BTPN Sabah.

Sebanyak lapan buah sekolah untuk kategori Sekolah Rendah Luar Bandar dan Pen. Pengarah BTPN Sabah En. Ahmad Jais dan Pegawai BTP En. Patrik Peter merupakan Penilai bagi sekolah ini. Penilai ini juga diiringi oleh En. Sariat Simbad dan En Hamdan Awang dari PKG Kota Marudu. Penilaian ini berlangsung bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 5.15 petang.

Penilalian yang dijalankan adalah sangat terperinci bagi kepuasan semua pihak. seperkara yang menarik dan menyentuh hati disini adalah penilai sentiasa memberikan cadangan dan motivasi dalam setiap kekurangan Pusat sumber ini. Sikap Penilai yang Professional dan berunsur Motivasi membuatkan kami rasa dihargai dan tidak tertekan walaupun masih terdapat banyak kekurangan di Pusat Sumber ini.


Walaupun persaingan ini sengit dan impian untuk mencapai kejayaan adalah tipis namun warga SEKEMAS tetap berusaha untuk menghadapi cabaran ini bukan sahaja untuk pertandingan ini tetapi lebih kepada usaha untuk memberikan sumber pengetahuan yang maksimum khususnya untuk murid-murid serta guru-guru SEKEMAS.


Apa yang menarik disebalik persediaan ini adalah kerjasama dan sikap bantu membantu yang terpuji di kalangan guru-guru dan juga KTBM termasuk pembersihan dan pengawal sekolah yang cukup mengesankan. Penolong Kanan Kurikulum Pn. Noraiwa Salim mengulas bahawa kemenangan bukanlah satu-satunya kebanggaan tetapi kerjasama guru-guru dan warag SEKEMAS merupakan nilai yang paling berharga untuk dibanggakan.


Syabas SEKEMAS boleh!!!!... apapun keputusannya... hakikatnya Warga SEKEMAS telah melangkah setapak kehadapan sebagai memenuhi cabaran kearah Sekolah Berprestasi Tinggi......Terima Kasih SEKEMAS.

rombongan daripada BTPN negeri baru sampai di SK. Masalog



gandingan guru media dan guru ict.. :)

Friday, April 8, 2011

Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah

wajah-wajah sebahagian pelajar yang mengambil
bahagian dalam pertandingan bercerita


Hari ini SK. Masalog mengadakan Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia dengan kerjasama Pusat Sumber sekolah.

Peserta terdiri daripada pelajar Tahap I dan Tahap II. Seramai 8 orang peserta Tahap I telah mengambil bahagian, sementara 18 orang peserta pula adalah dari Tahap II. Aktiviti ini mendapat kerjasama daripada guru-guru yang bertindak sebagai AJK dan pengadil pertandingan.
Barisan AJK Pertandingan bercerita


Adik Joshua sedang menyampaikan cerita

Pada ketika ini pertandingan sedang berjalan dan keputusan pertandingan akan diketahui selepas ini.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP