Powered by Blogger.

Friday, March 9, 2012

Karnival NILAM Negeri Sabah 2012

Wakil PBU ke Peringkat Negeri...tahniah
 Tokoh NILAM sekolah rendah dan sekolah menengah

 Naib Johan Persembahan berkumpulan
jejek maklumat tempat ke-3
Adik Jude Russel wakil dari Sk. Masalog

Monday, March 5, 2012

Karnival NILAM Negeri Sabah 2012

Karnival NILAM Negeri Sabah 2012 adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Pada tahun ini karnival NILAM negeri akan diadakan di SMKA Sandakan dari 5 hingga 9 Mac 2012.  Program-program besar yang akan dijalankan semasa karnival ini ialah Pemilihan Tokoh NILAM Negeri, Kem Penulis Muda dan Jejak Maklumat. 
 
Tokoh NILAM Negeri 2011
>Pemenang Karnival NILAM 2010
 

CONTOH PENGIKTIRAFAN NILAM

ANUGERAH NILAM

COLLAR PIN


CONTOH SIJIL ANUGERAH NILAM

Karya Agung dan Karya Besar

Tajuk-tajuk Karya-karya Agung (Besar)

Karya-karya Agung (Besar)

Definisi

Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran  dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan  nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.

Rasional

Hasil daripada penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan mendapati majoriti calon lebih mementingkan kuantiti buku  yang dibaca daripada kualiti buku. Hanya segelintir calon terutamanya calon sekolah menengah yang dikenal pasti membaca karya-karya bacaan bermutu daripada penulis-penulis dan sasterawan berwibawa. Justeru, galakan membaca karya besar perlu ditekankan dalam penghayatan pembacaan murid bagi menjurus mereka ke arah pemikiran kritis dan kreatif.

Karya besar amat penting kerana karya ini merupakan khazanah komprehensif tentang maklumat dan ilmu pengetahuan dalam semua lapangan bidang ilmu yang berkembang dalam sejarah peradaban manusia. Kefahaman kepada idea dan gagasan besar yang dilontarkan merupakan usaha manusia untuk memahami dan menghayati kebijaksanaan yang merupakan santapan mental  dan rohani yang diperlukan oleh manusia.

Persoalan yang dibahaskan dalam karya besar ini masih relevan dengan isu semasa walaupun ada antaranya telah ditulis berabad-abad yang lalu. Persoalan ini masih segar dan perlu diterokai daripada pelbagai konteks dan perspektif. Atas kesedaran tersebut, maka koleksi karya-karya besar perlu diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah.

Objektif

Sunday, March 4, 2012

TOKOH NILAM SK MASALOG WAKIL ZON PBU KE KARNIVAL NILAM 2012

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/429460_10150649525483754_779443753_9192884_1646501891_n.jpg

Jejak NILAM....Azali Azlan Penerima Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2007


Azali Azlan Pelajar Terbaik SPM 2007

Azali Azlan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, telah mendapat 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Ini mengatasi rekod 17 1A yang dipegang oleh Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor Bahru sejak 2004.
Azali Azlan Pelajar Terbaik SPM 2007Azali telah meraih 20 1A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual. Di samping itu Azali mendapat 2A dalam mata pelajaran English for Science and Technology (EST).
Azali yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007. Sebelum ini beliau mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Sungai Petani ini berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong ibu bapa serta guru. Ayahnya mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya pula mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi.
“Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya,” kata Azali yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.
“Tujuan saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod tetapi bagi kepuasan saya belajar. Jika dibuat untuk memecahkan rekod, bagi saya, ia menjadi tidak bermakna. Saya lakukan ini untuk diri sendiri dan ibu bapa dan sebagai hadiah kepada guru.
“Memang guru ada menasihati saya supaya menimbangkannya baik-baik kerana bimbang saya tidak boleh `cope’, tetapi saya percaya pada Tuhan dan diri sendiri,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.
Mengenai resipi kejayaannya, Azali berkata, beliau berpegang kepada pendirian sabar dalam menghadapi segala dugaan kerana yakin setiap kesusahan akan ada kesenangan. Azali mengakui keyakinannya pernah tergugat dalam menghadapi cabaran 21 mata pelajaran, tetapi beliau membina kembali keyakinan itu menerusi perbincangan dengan kaunselor dan ahli keluarga.
Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu. Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
Beliau tidak pernah mengikuti tuisyen khusus, sebaliknya hanya menyertai tuisyen di sekolah untuk mata pelajaran Kimia dan Prinsip Perakaunan. Beliau juga belajar sendiri sembilan subjek yang tidak diajar di sekolah.
Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar lain kerana kalau ada jadual beliau akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Sebaliknya beliau belajar apabila beliau rasa ada semangat untuk belajar.
‘‘Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu,” kata Azali.

Monday, February 27, 2012

PELAJAR SK MASALOG TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU

Peserta PemilihanTokoh Nilam peringkat Kota Marudu 2012 bersama Pegawai PKG En. Sariat dan Guru Pengiring Nilam
Tokoh Nilam Daerah Kota Marudu 2012 Adik Jude Russel Justtin

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP