Powered by Blogger.

Monday, March 5, 2012

Karya Agung dan Karya Besar

Tajuk-tajuk Karya-karya Agung (Besar)

Karya-karya Agung (Besar)

Definisi

Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran  dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan  nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.

Rasional

Hasil daripada penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan mendapati majoriti calon lebih mementingkan kuantiti buku  yang dibaca daripada kualiti buku. Hanya segelintir calon terutamanya calon sekolah menengah yang dikenal pasti membaca karya-karya bacaan bermutu daripada penulis-penulis dan sasterawan berwibawa. Justeru, galakan membaca karya besar perlu ditekankan dalam penghayatan pembacaan murid bagi menjurus mereka ke arah pemikiran kritis dan kreatif.

Karya besar amat penting kerana karya ini merupakan khazanah komprehensif tentang maklumat dan ilmu pengetahuan dalam semua lapangan bidang ilmu yang berkembang dalam sejarah peradaban manusia. Kefahaman kepada idea dan gagasan besar yang dilontarkan merupakan usaha manusia untuk memahami dan menghayati kebijaksanaan yang merupakan santapan mental  dan rohani yang diperlukan oleh manusia.

Persoalan yang dibahaskan dalam karya besar ini masih relevan dengan isu semasa walaupun ada antaranya telah ditulis berabad-abad yang lalu. Persoalan ini masih segar dan perlu diterokai daripada pelbagai konteks dan perspektif. Atas kesedaran tersebut, maka koleksi karya-karya besar perlu diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah.

Objektif

No comments:

Post a Comment

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP